Pusat Pengajaran & Pembangunan Kurikulum

Pemantauan Semakan Kurikulum

Pemantauan, semakan dan penilaian yang berterusan serta menyeluruh ke atas program akademik perlu dilaksanakan agar kandungan program akademik yang ditawarkan kekal relevan dan seiring dengan perkembangan semasa.

Prosedur permohonan semakan Kurikulum boleh merujuk kepada Garis Panduan Pembangunan Program Akademik Universiti Awam, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Arahan Kerja Semakan Program Pengajian UKM-SPKPPP-PT(PdP)01-AK02.

Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada semakan kurikulum. Rujuk surat makluman MQA Bil. 4/2018 – Perubahan Maklumat Program.

Rajah: Faktor Keperluan Semakan program